Personal

Semuanya Nak Kakak

Wednesday, July 29, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Huarghhhh baru ada masa bernafas sikit..hihi..Mengeliat dulu sebelum mula tulis entry..Rindunyaa kat blog ni..Dah lama betul Mieza tak menulis kan..Mana tak lamanya start seminggu sebelum raya sampai sekarang tak on pun blog ni..Buzy bebenor gamaknya..hihi..Sebelum raya menyiapkan persiapan-persiapan raya..Almaklum la tahun ni tiba-tiba semua mak cik Mieza ajak beraya di kampung jadi kena la membuat persiapan di rumah awal la kan..Tapi hari ni Mieza bukan nak bercerita pasal raya tau tapi nak bercerita tentang persiapan adik Mieza yang nombor 3 nak sambung belajar..InsyaAllah cerita pasal raya Mieza akan cerita dalam entry seterusnya ya..hihi

Entry ni bukan nak tunjuk perasaan atau merungut tau..Saja nak berkongsi cerita setelah lama tidak menulis..hihi..Mesti pembaca-pembaca sangka Mieza merungut kan..Tengok tajuk macam menrungut je kan..Sampaikan Mak Mieza pun cakap bila tengok tajuk ni..Tapi tak tau..hihi..Adik Mieza yang nombor 3 tu dapat melanjutkan pelajaran kat Kolej Pertanian Malaysia dekat Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah..Mieza pun baru tahu tau tempat ni..Dia dah mendaftar pun pada 27/7/2015..Keadaan tempat 2 Mieza akan ceritakan pada entry seterusnya..Kali ni Mieza cuma nak cerita tentang persiapan je..

Bak kata adik2 Mieza yang tersayang ni, kakak mereka ni banyak pengalaman katanya..Jadi sebelum raya sampai la beberapa hari sebelum pendaftara kakak mereka ni asyik menyiapkan keperluan dia je la..Orang lain semua buat persiapan raya Mieza ni double persiapan la..Almaklum la adik Mieza ni tak pernak masuk asrama dan berpisah dengan keluarga jadi banyak sikit la keperluan dan nasihat kakak dia ni berikan..hihi..Semuanya nak kakak dia ni la nak ingatkan barang-barang yang patut dibeli dan patut dibawa..

Bertambah-tambah la kerja kakak nya ni nak menyenaraikan barang-barang dia..Takut nanti ada yang tertinggal..Kan susah jadinya..Dah la jauh..Tambahan lagi adik Mieza ni lelaki jadi banyak benda tak ambil kisah..Memang betul-betul rileks la..Kadang-kadang kita pulak yang geram tengoknya..Macam kakak dia ni pulak nak mendaftar..Nasib baik adik Mieza ni bukan jenis yang cerewet bila barang-barang yang kita beli tak ikut citarasa dia..Mengiakan aje semuanya..Bahasa apa pulak ko guna ni Mieza..hihi..Kalau cerewet jugak memang jadi tarzan la jawabnya kakak dia ni..hihi..Tiba-tiba pulak kan..hahaha..Nasib kakak dia ni masih cool je lagi..hihi..Masuk bakul upah orang angkat (ubah peribahasa orang)..hihi

Semasa Mieza dengan mak sibuk-sibuk menyiapkan persiapan raya dan persiapan unutk dia tu kadang-kadang ada jugak perasaan geram dan bengang tu..Mana taknya korang dalam Mieza bising-bising tu boleh pulak dia pegi main bola la, pergi beraya la, open house la bagai..Ish2..Menguji kesabaran betul..Mana taknye kome oi borang-borang yang perlu diisi pun nak kakak dia ni yang tolong ngisinya..Sakit pulak hati kite kan..Bila kita membebel dia akan jawab "kakak dah ada pengalaman"..Abis 2 sebelum kita ada pengalaman 2 macam mana kita buat kan..Ermmm, dalam marah-marah tu terasa sedih la pulak kan nak berjauh dengan dia..Tak ada dah orang nak kena buli dengan kakak dia ni..hihi..

Nanti Mieza cerita kan kejadian semasa pendaftaran pulak ye dalam entry seterusnya..



...Selamat Membaca...


Giveaway

GA Kawaidesu Concept Raya 2015 Bernilai RM395

Friday, July 03, 2015


ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Klik banner utk sertai



Wah ada giveaway lagi..Selagi tak raya selagi itu ada je rakan-rakan blogger kita yang menganjurkan giveaway sempena raya..Murah rezeki mereka kan..hihi..Jadi apa tunggu lagi mari la kita ramai-ramai sertai GA Raya 2015 Kawaidesu Concept ini..Mana la taw ada rezeki korang kan..Bukan susah sangat pun..Senang ya amat aihh..Syarat-syaratnya pun mudah..Jadi mari mari mari mari kita memeriahkan lagi GA ini...hihi..macam menjual kt pasar malam pulak..hihi..Kepada siapa yang minat nak join boleh klik banner kt atas tu ye..

Instagram