Spaghetti Carbonara Jimat

Sunday, June 07, 2015


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Spaghetti Carbonara Jimat...Amboi tajuk resepi je pun tp ada jimat pulak erk. hihihi.Sebenarnya Mieza dah lama berkeinginan nak buat spaghetti carbonara ni tapi tak ada kesempatan pulak. Maklum la kat rumah Mieza ni cuma dua orang je yang makan makanan macam ni. Mieza dan adik Mieza yang bongsu je. Jadi nak buat tu kena fikir 2 kali la.Masa mula-mula belajar dari seorang kenalan ni, dia menggunakan sos carbonara yang dalam tin 2. Yang dah sedia ada. Tapi macam rugi pulak kan beli dalam tin sebab nanti kalau tak abis kan cepat rosak sos tu. Kita bukannya nak buat hari-hari. So, Mieza pun tak buat la.

Hari ini apabila abah, emak dan adik-adik lelaki Mieza pergi kenduri kawin, tiba-tiba tekak ni nak jadi tekak orang Itali pulak kan, teringin nak makan spaghetti. So, Mieza dan adik bongsu Mieza, Effa decide untuk makan spaghetti carbonara pada tengahari tadi. Resepi spaghetti carboanara ni Mieza dapat daripada kawan iaitu Wana. Dia yang bagi resepi ni masa kitaorang lepak-lepak hari 2. Simple sangat dan boleh dikatakan jimat la jugak. Erm..Panjang nya celoteh bila nak bagi tahu resepinya Mieza oiii...hihi...Ok2 bahan-bahan dan cara-caranya adalah:-

Bahan-Bahan
1 ulas bawang merah sederhana besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 kotak kecil susu segar
1 sachet campbells soup (dalam kotak-apa2 jenis pun tak apa)
Mieza guna mixed mushroom

ayam@sosej(Mieza letak dua2)
Brocoli (xnak letak pun tak apa)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Spaghetti

p/s: hidangan untuk 2 orang makan

Cara-cara:

1. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus.
2. Setelah bawang tersebut layu, masukkan susu segar, dan campbells soup. Kacau sehingga sebati dan pekat bagi individu yang menyukai kuah yang pekat. Jika nak kuah yang cair tambah air sekit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan ayam, dan sosej sehingga sedikit masak. Setelah itu masukkan brocoli (Mieza rebus sekejap brocoli tu sebab brocoli ni kan ada bau sikit kalau terus masak).
4. Bagi bahan perasa anda boleh lah tambah sedikit garam. Jangan banyak sangat ye. Nanti kena darah tinggi. Setelah itu boleh lah tambahkan lada hitam mengikut kepedasan yang dikehendaki.
5. Boleh lah dihidangkan bersama spaghetti. Spaghetti tu hendaklah direbus dahulu. Tambahkan sedikit minyak supaya ia tidak melekat dan sedikit garam(tak nak letak pun tak ape). Siappppp...

Tadaaaaaa.......


Inilah dia hasil dari air tanganku...


Selamat Mencuba bagi yang hendak mencuba. Senang jer kan...





You Might Also Like

2 comments

  1. huaaa perut dah krikkrik...haha nampak sedaplah, nnt klu da masa nak trylah

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la..bhan2 senang nk dpt n xla mhal sgt..hihi

      Delete

Instagram