Personaliti

What Your Personality??

Wednesday, June 24, 2015

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dah beberapa hari tak tulis entry selain giveaway..Hari ni pun malas nak membebel panjang2..hihi..Ni pun sambil2 tunggu adik bersiap nak keluar..Biar gambar je la yang bercerita..hihi..What personality are you? I'm september..:)



































Sumber x igt pulak dari mana..Kawan yg bagi..hihi..dah jumpa nanti kita edit balik ye..hihi..







Giveaway

GA CINTAN CINTUN by CIKNA

Wednesday, June 24, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Moh la uolllss kita join GA CINTAN CINTUN by CIKNA ni..Mana taw ada rezeki..Disamping itu dapat la kita meriahkan lagi GA ni..Sapa nak join bleh klik banner dibwh ni yer..



Penyakit

Jenis-Jenis Sakit Kepala

Saturday, June 20, 2015


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan berpuasa di bulan ramadhan ini..Anda pula macam mana??hihi..Hari ni Mieza bukan nak cerita tentang puasa taw tapi Mieza nak kongsikan kepada anda semua tentang jenis-jenis sakit kepala...Semua orang pernah merasa sakit kepala kan..Tipu la sapa cakap tak penah..Mieza pun sering jugak sakit kepala terutama masa belajar dulu..Jadi cara yang Mieza buat adalah dengan tidur la kan..Bukan boleh buat kerja lain pun selain tidur..Kadang kala kalau lepas tidur pun kepala masih lagi sakit..Rupa-rupanya ada jenis sakit kepala kalau kita tidur ia akan menjadi lebih teruk..Mieza pun baru je tahu pasal benda ni..Itupun ada kawan yang bekerja sebagai doktor yang bagi tahu dan dia dah sent kan kat Mieza tentang jenis sakit kepala tu..

So, sekarang Mieza nak kongsikan kepada anda tentang jenis-jenis sakit kepala ni supaya anda semua tak salah cara untuk mengubatinya..Semoga dapat la membantu anda..

Credit Foto

Kalau anda semua sakit kepala apa yang korang selalu buat??Kongsikan la..hihi..:)



Selamat membaca
&
Enjoyyyy

Segmen

Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya

Saturday, June 20, 2015



Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Wah semakin banyak rakan-rakan blogger kita buat giveaway dan segmen kan sempena ramadhan dan syawal ni kan..Murah rezeki korang..hihi..Mai la semua join Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya..Kita beri sokongan pada rakan blogger kita ni..Kalau ada yang nk join klik banner di bawah ni.:)




Puasa

Seronoknya Berpuasa

Friday, June 19, 2015

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Seronoknya berpuasa kan?? Pada bulan puasa ini lah kita banyak melakukan perkara-perkara yang tidak akan kita buat pada bulan-bulan lain..Lagipun pada bulan puasa ini lah banyak juadah-juadah yang kita tak akan dapat pada bulan biasakan?..Hurmm, makan-makan jugak tapi jangan sampai membazir pulak taw..Membazir kan amalan syaitan..Tapikan Mieza bulan puasa ni kan syaitan semua kena ikat??hihi..Jadi kalau syaitan kena ikat orang yang membazir 2??Anda fikir2kan lah..hihi..Macam mana dengan puasa anda..Harap-harapnya masih cergas lagi la ye..Jangan pulak nak jadi geng plastik hitam ye..hihi..

Sebenarnya bulan puasa ini bukan sahaja banyak makanan yang sedap-sedap kita dapat tetapi Allah juga menyediakan pelbagai ganjaran bagi orang-orang yang berpuasa ini..Sumber ini Mieza dapat daripada FB JAKIM..Dah Mieza membaca nak jugak lah Mieza berkongsi dengan pembaca semua..Sharing is caring right..hihi..Seronoknya berpuasa..Bukan sahaja banyak perkara kita boleh lakukan malah ganjaran yang Allah janjikan pun banyak..Antara ganjaran yang dijanjikan adalah:-

Credit Foto

Dehidrasi

Cegah Dehidrasi dengan Buah

Thursday, June 18, 2015


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sudah masuk hari ke 2 hari umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan kan..Macam mana Ramadhan hari pertama semalam ok ke??Jangan ada yang buat2 lupa pulak ye nak berpuasa..hihi..Hari ini Mieza nak share kepada anda semua mengenai Dehidrasi..Sebenarnya semalam lagi dah nak publish entry ni tapi apakan daya semalam hari yang sibuk bagi Mieza..hihi..Berbalik kepada topik utama, dulu Mieza tak ambil kisah sangat tentang Dehidrasi ini sebenarnya tetapi rupanya kita kena ambil kisah jugak terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini..

Apa itu dehidrasi??

  Dehidrasi adalah keadaan dimana tubuh kita kehilangan air yang disebabkan daripada melakukan aktiviti luar termasuk berpeluh, membuang air dan boleh juga berlaku ketika kita tidur..

Badan kita hendaklah mempunyai kandungan air yang mencukupi terutama ketika berpuasa ini..Hal ini kerana dengan berpuasa pastinya kehilangan banyak air akibat tidak makan dan minum melebihi 12 jam..Bagi memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi, pemakanan semasa berbuka dan bersahur itu perlu diambil perhatian..Dulu Mieza cuma mengamalkan air masak je selepas berbuka dan bersahur..Rupa-rupanya kita juga boleh mengamalkan memakan buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang banyak..

Meh sini Mieza nak share kat korang buah apa yang boleh korang amalkan untuk mengatasi dehidrasi ni..Tak semua buah yang mempunyai kandungan air yang banyak tau..Jangan korang main bantai je semua buah..Antara buah2 nya adalah:

  1. Tembikai- Ramai yang sedia maklum buah tembikai mempunyai banyak air kan..Kalau korang nak tahu buah tembikai ini mengandungi paras hedriasi sebanyak 92% dan lebih efektif untuk mencengah dehidrasi berbanding dengan air biasa.
  2. Buah beri- Buah strawberi yang nampak kecil ini merupakan antara buah yang mempunyai banyak antioksidan dan terdiri daripada 92% air..Selain itu, korang juga boleh amalkan buah raspberi dan beri biru..
  3. Air kelapa- memiliki paras dehidrasi sehingga 95%..(Berbuka puasa dengan air kelapa alangkah nikmatnya)..hihi
  4. Limau- Mempunyai tahap dehidrasi 87% dan ia mampu untuk mencengah ulser selama berpuasa.
  5. Anggur- semua anggur boleh diamalkan dan ia mempunyai antioksidan dan elok untuk tubuh badan kita.
  6. Delima- Buah yang paling Mieza suka iaitu Delima.Buah ini mengansungi tahap air 90% dan hanya mengandungi 30 kalori dan limonoids yang mempu menghilangkan racun daripada badan.Buah delima juga boleh mencengah badan kita daripada tumor atau kanser.
  7. Nanas- Bagus untuk mencegah keradangan selain mengandungi banyak air. 
  8. Mangga
Sekarang korang dah tahu kan buah-buahan juga boleh membantu kita dalam mencengah dehidrasi..Mieza tahu ramai dalam kalangan kita tidak mengambil buah semasa bulan ramadhan ini..Masih sempat lagi nak amalkan buah-buahan ini semua..Korang tak akan rugi lah..Bukan mahal pun buah-buahan ini semua..Korang juga boleh gantikan kuih-muih yang selalu korang makan tu dengan buah-buahan ini..Bukan rugi pun untuk kesihatan korang jugak kan..hihi

Kat bawah ini Pulak Mieza nak korang tahu tentang gejala-gejala dehidrasi..
  • Fasa Pertama: keletihan,wajah kemerah-merahan,mudah cemas,putus asa,tidak boleh tidur dengan baik,kepala terasa berat
  • Fasa Berat/Dehidrasi berpanjangan: asma, alergi, tekanan darah tinggi, sembelit,diabetes
  • Fasa Darurat: kepedihan dan kesakitan pada badan seperti pedih ulu hati,kembung perut,sakit dada,sakit pinggang,sengal-sengal sendi,migrain, sakit otot,muntah-muntah dan mual dipagi hari terutama ketika hamil..
Korang patut tahu semua tanda-tanda ni..Sebenarnya dehidrasi ini bukan lah terjadi pada bulan ramadan je, hari biasa pun akan terjadi jugak jika badan kita kekurangan air..So, Mieza harap korang tidaklah mengalami dehidrasi yang teruk dan dapat membuat amalan pada bulan ramadhan yang penuh berakah ini..





Credit to: DARA.COM






Puasa

Selamat Berpuasa

Wednesday, June 17, 2015


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Uollllls


Credit Foto

Anak bulan dah nampak so, esok dah puasa taw..Jangan buat-buat lupa pulak..hihi..Malam ni jom pakat-pakat semua kita menunaikan solat sunat terawih ..Bukan tawarih..Jangan lupa..hihih..Esok pagi pun jangan lupa bangun sahur nanti tak pasal-pasal keletihan pulak nak berpuasa pada esok hari..

Tambahan lagi, jangan jadikan bulan ramadhan yang penuh barakah ini sebagai pesta makanan kerana sesungguhnya bersederhana itu adalah lebih baik dan kita hendaklah sentiasa ingat kepada insan-insan yang tidak bernasib baik..Peringatan unutk diri sendiri juga sebenarnya..Hihihi..Oleh itu, Mieza nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang mengenali Mieza secara langsung mahupun tidak langsung..dan Memohon maaf segala salah dan silap..

Kat bawah ni Mieza ada sertakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak Khusus bagi kawasan PERAK ZON 5..Bagi kawasan lain jangan terasa ye..:)

Credit foto

Personal

Kita Rindu Sebenarnya

Friday, June 12, 2015


Assalammua'laikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus berada dibumi Allah ini..Anda apa khabar, sihat?? Mieza doakan korang berada dalam keadaan sihat la ye..Hari ni tiba-tiba terasa rindu la pulak kat dua orang sahabat Mieza ni..Jadi terus dapat idea untuk tulis tentang diaorang dalam entry kali ini..Mieza kenal dengan mereka ni sejak lebih kurang 3 tahun yang lepas semasa menuntut ilmu di UUM..Tak ingat pulak macam mana kami kenal..hihi..Walaupun kami berasal daripada berlainan negeri (Perak,Penang dan Sabah) dan menggunakan loghat yang berlainan kami still rapat gilerrr..hihi..tapi semasa berbual tak ada la pulak kami menggunakan loghat kami..

Mieza bersyukur sangat-sangat dapat kenal dengan mereka ni..Nak taw kenapa??Angkat kening macam Ziana Zain dulu..hihi..Tak ada la gurau2 je ye..Jangan marah ha..Nanti kena jual..hihi..Sebabnya mereka ni baik sangat suka tolong orang terutama dengan kawan-kawan..Tak pernah nak berkira dan ambil kesempatan keatas Mieza (jangan fikir bukan2 yew)..Macam ni la yang dinamakan sahabat..Mieza banyak belajar daripada mereka ni terutama tentang kehidupan.

Apabila Mieza dengan mereka kan Mieza boleh jadi diri sendiri..Sebabnya mereka ni boleh terima Mieza seadanya..Sabar melayan kerenah Mieza..Kalau dengan mereka jugak Mieza boleh bergurau senda dan bergelak ketawa macam adik-beradik..Sama juga seperti mereka..Orang lain tidak akan dapat melihat kami seperti itu diluar..hihi..

Mieza ni asyik taip "diaorang" dan "mereka" je kan..Tak pulak nak kenalkan sapa gerangannya ye..Apa la Mieza ni..hihi..Meh la Mieza nk kabo..Mereka tu adalah Murni Binti Mohd Yusof dan Khairul Hanisah Binti Abd Rashit..Mieza just called them Murni and Nisa..Taip omputih pulak ye..hihi..Kami bertiga memang rapat..Bukan rapat sikit2 taw..Rapat baaaanyak sangat (betul ke ayat ko ni Mieza) sehinggakan semasa belajar dulu kalau terserempak dengan kawan-kawan lain mesti ayat ni yang keluar, "mana lagi sorang" atau "mana lagi 2 orang"..ramai ke yang kenal kitaorang??tak tahu la teman nk ngabonya..hihi

Antara kami bertiga Nisa dah macam kakak yang sulung bagi kami..Kenapa??Sebabnya dia suka sangat ambil berat tentang kami berdua..Bukan ambik berat badan ke apa ye..Selalu Take Care kami bak kta omputihnya..Walaupun orang lain nampak Kak Nisa kitaorang ni kuat orangnya tetapi bagi kami kuat-kuat yang orang nampak tu tetap ada taman dihatinya taw..Ada jugak perasaan nya..Bagi Mieza dia memang seorang yang gagah pun..Bukan la gagah macam Jong Kok dalam running man tu..Tapi kuat dalamanya (walaupun kadang2 tak)..hihi..Jgn marah Nisa..Gurau2 je ye..hihi..Tabik Springgggg kat Nisa..Sabar tempuh dugaan yang datang..

Kawan Mieza yang sorang lagi tu, Cik Murni pulak seorang yang pendiam kalau orang tak kenal dia la..hihi..Dia ni seorang yang hatinya lembut sangat bak sutera..Ammmmboi..hihi..Tak boleh tersentuh sikit pasti ada air yang berjujuran..Bahasa apakah ini??Ish Mieza ni..Mieza paling banyak masa dengan Murni sebab kami 1 kos masa belajar dulu..Jadi selalu lah bersama..Kena apung (dipindahkan ke dewan penginapan pelajar lain) pun bersama kecuali Nisa..Murni la paling lembut dikalangan kami..Lagipun dia ni suka sangat ketawa..Ketawa dia itulah yang kami suka..hihihi

Sepanjang nak dekat 4 tahun mengenali mereka, banyak hal-hal suka dan duka kami berkongsi bersama..Kalau korang nak tahu kalau kami bertiga telah bergabung meletop bak kata Adam dan Stacy macam-macam perangai keluar tapi perangai itu mungkin kami je yang tahu..Dah tak ada perasaan malu2..hihihi..Lagi 1 kami ni suka beli barang yang sama..Tak kira la jam,baju,pencil case dan banyak lagi la..hahaha..

Walau macam mana pun itulah kami..Mieza sayang sangat persahabatan yang telah terjalin ini dan sekarang Mieza rindu mereka..Semoga persahabatan kami terus diberkati dan kekal selamanya..Amin...Panjang pulak celoteh ko Mieza hari ni..hahaha..Dah la korang tengok je la foto2 dibawah ni ye..Inilah antara kenangan-kenangan yang telah kami cipta..

Kami sem 2: Tenung apa ntah 2

Sem 3: Muka penat berjoging (joging ke??Hanya kami yang tau)hehe

Lepas exam sem 5

Raya Aidiladha 2013(kalau x silap la) tak balik raya.Masjid UUM

Baju kami samalah..

Last sem bersama mereka.Tasik Darul Aman,Jitra

Last Sem Dinner PRS.EDC Hotel


Pertemuan sebelum Murni balik Sabah. Bercuti di Teluk Batik


Happy Reading uollllls

Giveaway

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

Thursday, June 11, 2015


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Wahh..Dah bertambah maju sekarang..hihi..Nk taw kenapa??Sebab ini merupakan Giveaway pertama yang Mieza sertai..Saja jer nak bagitahu..Sebelum ini hanya dengar cerita daripada kawan Mieza je..Hihihi..Jadi kepada kome-kome yang belum lagi join Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com, moh la kite join.. Mana la taw ada rezeki pada bulan ramadhan ni kan..Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun boleh tahan jugak kebabomnya..hihi..

Ate apa tunggu lagi, moh la cepat kite join..Kalau kome-kome berminat nk join, bolehlah klik banner di bawah atau link DISINI ni yer..Terima Kasih..

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom

Motivasi

Anak Tangga, Semakin Keatas Semakin Jelas

Tuesday, June 09, 2015



Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hai hai hai hai..Amboi panjang hai nya..hihi..Happy nampak..Memang Mieza happy pun hari ni..Nak taw sebab apa?? Sebab kawan baik Mieza yang telah bersama Mieza sejak 15 tahun dulu nak menamatkan zaman bujangnya..yeayyyy..Mieza pulak yang terlebih happy..hihi..Kawin jugak kawan Mieza sorang ni sebab banyak halangan yang dorang ni tempoh sepanjang perkenalan dorang..Steady la kawan.. Ok lah banyak betul menyimpangnya.. Sebenarnya entry kali ini Mieza nak kongsikan cara bagaimana untuk mencapai matlamat @ azam anda semua. 

Setiap orang mempunyai matlamat dan azam tersendiri, kan?? Terutama bila tibanya tahun baru.. Angkat tangan siapa yang tiada azam dan matlamat dalam hidup.. Mesti tipu kan.. Tapi pernahkah matlamat yang korang nak tu tidak tercapai? Perkara ini pun pernah terjadi pada Mieza.. So, Matlamat yang tidak tercapai itu di bawa ke tahun berikutnya.. Tapi itu pun belum tentu dapat tercapai kan.. Jadi, Mieza nak tunjukkan cara yang mungkin boleh memberi idea kepada anda semua untuk mencapai matlamat anda.. Cara ini Mieza dapat daripada sebuah buku yang di tulis oleh Irma Hasmie..Caranya macam ni:-


1. Anda hendaklah melukis bentuk seperti tangga.
2. Setiap diatas anak tangga itu anda hendaklah menulis apa yang diinginkan.
3. Dibawah anak tangga tersebut hendaklah ditulis tindakan yang diperlukan untuk mencapai apa yang dinginkan itu.
4. Setiap tindakan yang telah ditulis hendaklah dilakukan secara konsistan jika tidak sia-sia sahaja usaha yang telah di lakukan.

contoh yang boleh dilakukan

Dapat ke tidokkk??? Mesti la dapatkan.. Ok,mesti anda tertanya-tanyakan mengapa anak tangga yang Mieza lukis ada yang panjang dan pendek kan.. Bukan saja-saja taw Mieza lukis macam tu.. Sebenarnya anak tangga yang pendek itu merupakan sesuatu rancangan yang ringkas iaitu boleh dilakukan atau diselesaikan dalam masa yang singkat..Manakala yang panjang pula merupakan sesuatu yang memerlukan rancangan yang teliti atau memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Mieza harap cara ini boleh membantu anda semua dalam mencapai matlamat anda semua. Mieza pun menggunakan cara anak tangga ini juga sekarang ini.. Alhamdulillah dengan melakukan secara serius dan konsistan ada antara matlamat Mieza telah tercapai.. Cara ini Mieza peroleh daripada buku SMILE yang ditulis oleh Irma Hasmie. Dalam buku tersebut dinyatakan dalam bentuk cerita yang memudahkan lagi kefahaman anda semua. Bolehlah dapatkan buku tersebut.. Banyak kisah-kisah yang menarik dan mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda.


Credit to SMILE:



Happy Reading






Resepi

Spaghetti Carbonara Jimat

Sunday, June 07, 2015


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Spaghetti Carbonara Jimat...Amboi tajuk resepi je pun tp ada jimat pulak erk. hihihi.Sebenarnya Mieza dah lama berkeinginan nak buat spaghetti carbonara ni tapi tak ada kesempatan pulak. Maklum la kat rumah Mieza ni cuma dua orang je yang makan makanan macam ni. Mieza dan adik Mieza yang bongsu je. Jadi nak buat tu kena fikir 2 kali la.Masa mula-mula belajar dari seorang kenalan ni, dia menggunakan sos carbonara yang dalam tin 2. Yang dah sedia ada. Tapi macam rugi pulak kan beli dalam tin sebab nanti kalau tak abis kan cepat rosak sos tu. Kita bukannya nak buat hari-hari. So, Mieza pun tak buat la.

Hari ini apabila abah, emak dan adik-adik lelaki Mieza pergi kenduri kawin, tiba-tiba tekak ni nak jadi tekak orang Itali pulak kan, teringin nak makan spaghetti. So, Mieza dan adik bongsu Mieza, Effa decide untuk makan spaghetti carbonara pada tengahari tadi. Resepi spaghetti carboanara ni Mieza dapat daripada kawan iaitu Wana. Dia yang bagi resepi ni masa kitaorang lepak-lepak hari 2. Simple sangat dan boleh dikatakan jimat la jugak. Erm..Panjang nya celoteh bila nak bagi tahu resepinya Mieza oiii...hihi...Ok2 bahan-bahan dan cara-caranya adalah:-

Bahan-Bahan
1 ulas bawang merah sederhana besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 kotak kecil susu segar
1 sachet campbells soup (dalam kotak-apa2 jenis pun tak apa)
Mieza guna mixed mushroom

ayam@sosej(Mieza letak dua2)
Brocoli (xnak letak pun tak apa)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Spaghetti

p/s: hidangan untuk 2 orang makan

Cara-cara:

1. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus.
2. Setelah bawang tersebut layu, masukkan susu segar, dan campbells soup. Kacau sehingga sebati dan pekat bagi individu yang menyukai kuah yang pekat. Jika nak kuah yang cair tambah air sekit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan ayam, dan sosej sehingga sedikit masak. Setelah itu masukkan brocoli (Mieza rebus sekejap brocoli tu sebab brocoli ni kan ada bau sikit kalau terus masak).
4. Bagi bahan perasa anda boleh lah tambah sedikit garam. Jangan banyak sangat ye. Nanti kena darah tinggi. Setelah itu boleh lah tambahkan lada hitam mengikut kepedasan yang dikehendaki.
5. Boleh lah dihidangkan bersama spaghetti. Spaghetti tu hendaklah direbus dahulu. Tambahkan sedikit minyak supaya ia tidak melekat dan sedikit garam(tak nak letak pun tak ape). Siappppp...

Tadaaaaaa.......


Inilah dia hasil dari air tanganku...


Selamat Mencuba bagi yang hendak mencuba. Senang jer kan...





Personal

Salam Perkenalan

Friday, June 05, 2015



 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…. 

Selamat berkenalan semua. Nama diberi Mizatul Najwa Binti Nordin. Korang2 semua boleh panggil Mieza atau Najwa pun boleh. Baru je tamatkan pelajaran dekat Universiti Utara Malaysia. Baru ke? ?Erm....rasanya tak ada la baru sangat. Hihi. Sekarang ni pun tengah mengintai2 peluang-peluang kerja. Tujuan buat blog ni pun sebab dah bosan sangat mengadap media-media sosial lain seperti FB, Twitter, WeChat, dan lain-lain tu. Oleh sebab itulah tiba-tiba terfikir nak mewujudkan blog ni. Hihi. Sekarang ni pun rajin tengok entry-entry kat blog kawan-kawan. Sebab itulah tiba-tiba terkeluar idea nak mewujudkan blog sendiri.

Lagipun Mieza tengok kawan baik Mieza masa belajar kat U dulu iaitu Murni semakin aktif pulak kat blog. Macam lagi semangat pulak Mieza tengok. hihi.. Apa salahnya kita pulak mencuba plak. Ye dok. Hihi. Murni la banyak menolong dalam mewujudkan blog ni. Walaupun dia tinggal jauh di seberang laut sana iaitu Sabah sudi jugak dia menolong kita. Terima kasih banyak-banyak ye Murni Mohd Yusof. Ye la kita ni kan baru merangkak-rangkak lagi dalam blog ni. Banyak benda lagi nak kena belajar. Banyak lagi kekurangannya

 Ok lah malas la nak membebel panjang –panjang. Ini pun saja nak mencuba menulis entry sambil-sambil nak berkenalan dengan anda-anda semua. Hihi. Akhir sekali selamat berkenalan semua. Kepada sesiapa yang nak bagi pendapat tentang blog ni sila-silah memberi komen anda ye. Mieza tak akan marah punya lah. Malah akan berterima kasih kepada anda-anda semua. Hihihi..

Instagram